PERKARA 25(1), Kerajaan Persekutuan boleh, dengan perintah,
melucutkan kewarganegaraan seseorang yang menjadi warganegaraan dengan
cara pendaftaran atau kemasukan jika berpuas hati bahawa :
a) orang itu tidak setia atau tidak suka akan Persekutuan melalui Percakapan atau perbuatannya.
b)
orang itu, semasa peperangan yang melibatkan Persekutuan, telah
berniaga atau membuat hubungan dengan musuh secara menyalahi
undang-undang atau menyertai urusan yang boleh menolong musuh dalam
peperangan itu
c) orang itu, dalam tempoh lima tahun
bermula dari pendaftaran atau dari tarikh perakuan diberikan, telah
melakukan keslahan di mana-mana negara dan daripada RM5 000 atau senilai
dengan mata wang negara itu, dan orang tidak diampuni bagi kesalahan
itu.
PERKARA 25(1A), Kerajaan Persekutuan boleh, melucutkan kewarganegaraan seseorang yang menjadi warganegara
seseorang yang telah menjadi warganegara dengan cara pendaftaran atau
kemasukan jika berpuas hati bahawa orang itu, dengan tidak mendapat
kebenaran Kerajaaan Persekutuan, telah menerima apa-apa jawatan atau
pekerjaan atau lebih berkhidmat atau menjalankan kewajiban dalam apa-apa
jawatan atau pekerjaan dibawah kerajaan mana-mana agensi kerajaan asing
itu jika suatu sumpah, ikrar, atau akuan taat setia dikehendaki tentang
jawatan atau pekerjaan itu.
PERKARA 25(2) Kerajaan
Persekutuan boleh melucutkan kewarganegaraan seseorang
yang menjadi warganegara dengan cara pendaftaran atau kemasukan jika
berpuas hati bahawa orang itu biasanya bermastautin negara asing selama
lima tahun berturut-turut dan dalam tempoh itu orang itu:
a)
tidak pernah pada bila-bila masa berada dalam Perkhidmatan Persekutuan
atau dalam perkhidmatan sesebuah pertubuhan antarabangsa yang diantara
oleh Kerajaan Persekutuan.
b)tidak mendaftar niatnya hendak mengekalkan kewarganegaraan di Pejabat Konsul Persekutuan setiap tahun.
Tak nampak tulisan.... background terang sangat
ReplyDelete