Friday, 13 March 2015

Akta yang di keluarkan bagi perkara 23

PERKARA 23(1) :Akta 10/1960, perenggan dua (a) berkuatkuasa dari 1-12-1960, menggantikan perkataan "pihak berkuasa pendaftaran" dengan "Kerajaan Persekutuan" dan akta 14/1962, seksyen 8, berkuasa dari 31-8-1957, masukan "atau yang hampir menjadi seorang warganegara negeri lain" selepas :yang lain yang juga ialah warganegara negeri lain".

PERKARA 23(2) : Akta 10/1960, perenggan dua (c) berkuatkuasa dari 1-12-1960, memotong tetapi kecuali sebagaimana yang di sebut terlebih dahulu pihak berkuasa pendaftaran hendaklah mendaftarkan apa-apa akuan yang di buat dengan sewajarnya dibawahnya,yang terdapat dihujung fasal.


Perlucutan kewarganegaraan dibawah akta 24 Perlembagaan Persekutuan:

PERKARA 24(1), Kerajaan Persekutuan boleh melucutkan kewarganegaraan seseorang warganegara jika berpuas hati bahawa orang itu telah memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara asing dengan cara pendaftaran, kemasukan, atau perbuatan lain yang sengaja menurut peraturan.

PERKARA 24(2), Kerajaan Persekutuan boleh melucutkan kewarganegaraan seseorang jika berpuas hati bahawa orang itu telah menuntut dan menggunakan apa-apa hak kewarganegaraan negara asing dengan sengaja.


PERKARA 24(4), Kerajaan Persekutuan boleh melucutkan kewarganegaraan dengan cara pendaftaran jika berpuas hati bahawa perempuan itu telah memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara asing atas sebab perkahwinan dengan seorang bukan warganegara.

No comments:

Post a Comment