Friday, 13 March 2015

Pelucutan kewarganegaraan di bawah perkara 26 perlembagaan persekutuan:

PERKARA 26(1), kerajaan Persekutuan boleh melucutakan kewarganegaraan seseorang yang menjdi warganegaraan dengan cara pendaftaran atau kemasukan juka berpuas hati bahawa pendaftaram atau perakuan itu:

a) telah didapati dengan jalan tipuan, pernyataan palsu, atau dengan menyembunyikan sesuatu kenyataan


b) telah dibuat atau diberikan dengan sijil


PERKARA 26(2), Kerajaan Persekutuan boleh melucutkan kewarganegaraan perempuan yang menjadi warganegara dengan cara pendaftaran atau kemasukan jika berpuas hati bahawa perkahwinan yang menyebabkan perempuan itu boleh didaftarkan sebagai warganegara telah dibubarkan atas apa-apa sebab, dalam tempoh dua tahun bermula di tarikh perkahwinan itu.

1. Akta 14/1962, Jadual seksyen 3, berkuatkuasa dari 1-10-1962, memotong fasal (13) meminda fasal(1) dan (2) dengan memotong perkataan "Tertaluk kepada Fasal (3) yang tersapat dipermudahkan Fasal itu, dan mengikut subseksyen  27(3) pula membuat peruntukan yang berikut:


"(3) Jika dalam satu bulan selepas permulaan kuatkuasa seksyen ini ,Menteri menjalankan kuasa perwakilan yang diberikan oleh seksyen 4 Jadual Kedua tersebut sebagaimana yang dipinda oleh seksyen ini, mana-mana perintah di bawah Perkara 36 Perlembagaan yang dibuat sebelum perjalanan kuasa itu (sama ada dibuat sebelum atau selepas lulusnya Akta Perlembagaan (Pindaan 1960) sama sahnya seolah-olah seksyen 4 tersebut telah berkuatkuasa seksyen ini, dan seolah-olah perjalanan kuasa perwakilan tersebut telahpun berkuatkuasa selepas permulaan kuatkuasa seksyen ini, dan seolah-olah perjalanan kuasa perwakilan telahpun berkuastkuasa pada masa itu."


2. Akta 19/1964, seksyen 3, berkuatkuasa dari 30-7-1964, memansuhkan Fasal (4). Fasal (4) dan (3) yang di mansukan itu berbunyi seperti yang berikut:


"(3) Tiada seorang pun boleh dilucutkan kewarganegaraan di bawah Perkara ini melainkan jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa tidak berfaedah kepada kebaikan awam untuk itu terus menjadi warganegara, dan tiada seorang pun boleh dilucutkan kewarganegaraan di bawah perenggan Fasal (1) melainkan jika notis yang dikehendaki oleh Perkara 27 diberikan dalam masa dua belas bulan bermula denga tarikh pendaftaran atau pemberian perakuan mengikut mana-mana yang berkenaan."


"(4) Kecuali sebagaimana yang diperuntukan oleh Perkara ini, pendaftaran seseorang sebagai warganegara atau pemberian perakuan naturalisasi kepada mana-mana orang tidaklah boleh dipersoalkan atas alasan kesilapan."ap

No comments:

Post a Comment