Friday, 13 March 2015

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBATALKAN KEWARGANEGARAAN

                                              PENDAHULUAN

PLEASE COMMENT OR THUMBS UP AND FOLLOW UP IF YOU LIKE IT...

Assalammualaikum dan salam sejahtera,kami disini ingin membincangkan tentang hilangnya kita sebagai status kewarganegaraan.Sebelum kami teruskan,kami ingin memperkenalakn diri kami yang bernama Shaz,Ums dan Zun.Salah satu syarat yang diterima ialah setiap negara mempunyai undang-undang tersendiri seperti malaysia contohnya,kita sebagai rakyat malaysia wajib mempunyai IDENTITI KAD sebagai bukti yang kita adalah rakyat malaysia dan bukan warga asing.


                                 CONTOH IDENTITI KAD

                                         
                                             PERMUKAAN DEPAN I/C                                                                       


                                PERMUKAAN BELAKANG I/C

                                     

      MyKid
                                                


  SYARAT-SYARAT UNTUK MENAMATKAN STATUS KEWARGANGARAAN
        
  Merujuk undang-undang sesiapa kewarganegaraan yang ingin menukar kewarganegaraannya kepada kewarganegara yang lain haruslah mematuhi syarat-syarat tersebut: 

1.Umur mesti lingkungan 21 tahun keatas.

2.Berfikiran waras dan tidak mempunyai masalah mental.

3.Orang itu warganegara lain atau dia hendak menukar ke warganegara yang lain. 
     
                  Pihak kementerian Dalam Negeri bertanggungjawab dalam menentukan dan memastikan taraf kewarganegaraan dianugerahkan kepada mereka yang benar-benar layak dan berhak menerima taraf tersebut agar mereka yang menerima taraf kewarganegaraan Malaysia tidak akan menjejaskan keselamatan, keharmonian, perpaduan dan ketenteraman awam serta Negara.
                  Setiap warganegara Malaysia boleh kehilangan kedudukan sebagai kewarganegaraan disebabkan oleh dua keadaan seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan iaitu melalui cara Tolakan (Perkara 23 Perlembagaan Persekutuan) dan Perlucutan Taraf Kewarganegaraan (Perkara 24, 25 dan 26 Perlembagaan Persekutuan).
          Ini merupakan antara faktor yang menyebabkan pembatalan kewarganegaraan:
1.Seseorang warganegara membuktikan dia telah tidak berminat kepada Negara asalnya melalui perbuatan atau percakapan
2.Menghina atau berlaku dusta kepada kerajaan semasa peperangan dengan menjalankan urusan atau pernigaan dengan musuh Negara
3.Seseorang warganegara memperoleh kewarganegaraan secara pendaftaran, akan diberi hukuman penjara tidak lebih daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM5000 tanpa pengampunan bagi kesalahannya.
4. Seseorang yang telah bermastautin atau mendiami di negara asing melebihi lima tahun secara berterusan tanpa membuat pendaftaran di Pejabat Konsul Persekutuan.
5. Perkara tersebut juga boleh menyebabkan kita kehilangan sebagai kewarganegaraan ialah tersilap mendapatkan sijil pendaftaran.

           Dalam kehilangan kewarganegaraan seseorang dapat dilakukan dengan 3 (tiga) cara iaitu antara lain :

 (i)   Renunciation yaitu tindakan sukarela untuk meninggalkan salah satu dari dua atau lebih status kewarganegaraannya yang dimiliki dari dua Negara atau lebih. 

(ii)   Termination yaitu penghentian status kewarganegaraan sebagai tindakan hukum karena yang bersangkutan telah memilki kewarganegaraan lain.

(iii)  Deprivation iaitu pencabutan atau penghentian secara paksa atau pemecatan status kewarganegaraan berdasarkan perintah pejabat berwenang karena terbukti adanya kesalahan atau pelanggaran dalam memperoleh status kewarganegaraan

         Terdapat juga hal-hal yang lain yang boleh membatalkan kewarganegaraan ialah:

1. Dia dapat kewarganegaraan negara lain dengan kemauan sendiri

2. Mengikuti pemilihan umum bersifat kenegaraan di negara lain

3. Mengikuti kegiatan militer negara lain tanpa perijinan pemerintah

4. Mengikat janji setia terhadap negara lain




**Sumber gambar**

http://tingleasknie.blogspot.com/2012/01/oh-kad-pengenalan.html
http://ayie-puteragahara.blogspot.com/2012/06/mykad-hingga-hari-tua.html
http://grafikblogger.blogspot.com/2014/12/this-is-mykad.html



.

Akta yang di keluarkan bagi perkara 23

PERKARA 23(1) :Akta 10/1960, perenggan dua (a) berkuatkuasa dari 1-12-1960, menggantikan perkataan "pihak berkuasa pendaftaran" dengan "Kerajaan Persekutuan" dan akta 14/1962, seksyen 8, berkuasa dari 31-8-1957, masukan "atau yang hampir menjadi seorang warganegara negeri lain" selepas :yang lain yang juga ialah warganegara negeri lain".

PERKARA 23(2) : Akta 10/1960, perenggan dua (c) berkuatkuasa dari 1-12-1960, memotong tetapi kecuali sebagaimana yang di sebut terlebih dahulu pihak berkuasa pendaftaran hendaklah mendaftarkan apa-apa akuan yang di buat dengan sewajarnya dibawahnya,yang terdapat dihujung fasal.


Perlucutan kewarganegaraan dibawah akta 24 Perlembagaan Persekutuan:

PERKARA 24(1), Kerajaan Persekutuan boleh melucutkan kewarganegaraan seseorang warganegara jika berpuas hati bahawa orang itu telah memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara asing dengan cara pendaftaran, kemasukan, atau perbuatan lain yang sengaja menurut peraturan.

PERKARA 24(2), Kerajaan Persekutuan boleh melucutkan kewarganegaraan seseorang jika berpuas hati bahawa orang itu telah menuntut dan menggunakan apa-apa hak kewarganegaraan negara asing dengan sengaja.


PERKARA 24(4), Kerajaan Persekutuan boleh melucutkan kewarganegaraan dengan cara pendaftaran jika berpuas hati bahawa perempuan itu telah memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara asing atas sebab perkahwinan dengan seorang bukan warganegara.

Pelucutan kewarganegaraan di bawah Perkara 25 Perlembagaan Persekutuan:

PERKARA 25(1), Kerajaan Persekutuan boleh, dengan perintah, melucutkan kewarganegaraan seseorang yang menjadi warganegaraan dengan cara pendaftaran atau kemasukan jika berpuas hati bahawa :

a) orang itu tidak setia atau tidak suka akan Persekutuan melalui Percakapan atau perbuatannya.


b) orang itu, semasa peperangan yang melibatkan Persekutuan, telah berniaga atau membuat hubungan dengan musuh secara menyalahi undang-undang atau menyertai urusan yang boleh menolong musuh dalam peperangan itu


c) orang itu, dalam tempoh lima tahun bermula dari pendaftaran atau dari tarikh perakuan diberikan, telah melakukan keslahan di mana-mana negara dan daripada RM5 000 atau senilai dengan mata wang negara itu, dan orang tidak diampuni bagi kesalahan itu.


PERKARA 25(1A), Kerajaan Persekutuan boleh, melucutkan kewarganegaraan seseorang yang menjadi warganegara seseorang yang telah menjadi warganegara dengan cara pendaftaran atau kemasukan jika berpuas hati bahawa orang itu, dengan tidak mendapat kebenaran Kerajaaan Persekutuan, telah menerima apa-apa jawatan atau pekerjaan atau lebih berkhidmat atau menjalankan kewajiban dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan dibawah kerajaan mana-mana agensi kerajaan asing itu jika suatu sumpah, ikrar, atau akuan taat setia dikehendaki tentang jawatan atau pekerjaan itu.


PERKARA 25(2) Kerajaan Persekutuan boleh melucutkan kewarganegaraan seseorang yang menjadi warganegara dengan cara pendaftaran atau kemasukan jika berpuas hati bahawa orang itu biasanya bermastautin negara asing selama lima tahun berturut-turut dan dalam tempoh itu orang itu:


a) tidak pernah pada bila-bila masa berada dalam Perkhidmatan Persekutuan atau dalam perkhidmatan sesebuah pertubuhan antarabangsa yang diantara oleh Kerajaan Persekutuan.


b)tidak mendaftar niatnya hendak mengekalkan kewarganegaraan di Pejabat Konsul Persekutuan setiap tahun.

Pelucutan kewarganegaraan di bawah perkara 26 perlembagaan persekutuan:

PERKARA 26(1), kerajaan Persekutuan boleh melucutakan kewarganegaraan seseorang yang menjdi warganegaraan dengan cara pendaftaran atau kemasukan juka berpuas hati bahawa pendaftaram atau perakuan itu:

a) telah didapati dengan jalan tipuan, pernyataan palsu, atau dengan menyembunyikan sesuatu kenyataan


b) telah dibuat atau diberikan dengan sijil


PERKARA 26(2), Kerajaan Persekutuan boleh melucutkan kewarganegaraan perempuan yang menjadi warganegara dengan cara pendaftaran atau kemasukan jika berpuas hati bahawa perkahwinan yang menyebabkan perempuan itu boleh didaftarkan sebagai warganegara telah dibubarkan atas apa-apa sebab, dalam tempoh dua tahun bermula di tarikh perkahwinan itu.

1. Akta 14/1962, Jadual seksyen 3, berkuatkuasa dari 1-10-1962, memotong fasal (13) meminda fasal(1) dan (2) dengan memotong perkataan "Tertaluk kepada Fasal (3) yang tersapat dipermudahkan Fasal itu, dan mengikut subseksyen  27(3) pula membuat peruntukan yang berikut:


"(3) Jika dalam satu bulan selepas permulaan kuatkuasa seksyen ini ,Menteri menjalankan kuasa perwakilan yang diberikan oleh seksyen 4 Jadual Kedua tersebut sebagaimana yang dipinda oleh seksyen ini, mana-mana perintah di bawah Perkara 36 Perlembagaan yang dibuat sebelum perjalanan kuasa itu (sama ada dibuat sebelum atau selepas lulusnya Akta Perlembagaan (Pindaan 1960) sama sahnya seolah-olah seksyen 4 tersebut telah berkuatkuasa seksyen ini, dan seolah-olah perjalanan kuasa perwakilan tersebut telahpun berkuatkuasa selepas permulaan kuatkuasa seksyen ini, dan seolah-olah perjalanan kuasa perwakilan telahpun berkuastkuasa pada masa itu."


2. Akta 19/1964, seksyen 3, berkuatkuasa dari 30-7-1964, memansuhkan Fasal (4). Fasal (4) dan (3) yang di mansukan itu berbunyi seperti yang berikut:


"(3) Tiada seorang pun boleh dilucutkan kewarganegaraan di bawah Perkara ini melainkan jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa tidak berfaedah kepada kebaikan awam untuk itu terus menjadi warganegara, dan tiada seorang pun boleh dilucutkan kewarganegaraan di bawah perenggan Fasal (1) melainkan jika notis yang dikehendaki oleh Perkara 27 diberikan dalam masa dua belas bulan bermula denga tarikh pendaftaran atau pemberian perakuan mengikut mana-mana yang berkenaan."


"(4) Kecuali sebagaimana yang diperuntukan oleh Perkara ini, pendaftaran seseorang sebagai warganegara atau pemberian perakuan naturalisasi kepada mana-mana orang tidaklah boleh dipersoalkan atas alasan kesilapan."ap

Kesimpulan


Kesimpulan daripada topik yang dibincangkan ialah dapat mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan pembatalan kewarganegaraan,kehilangan kewargaanegaraan dan hal-hal yang lain yang boleh membatalkan kewarganegaraan.Selain itu, terdapat juga syarat-syarat untuk menamatkan kewarganegaraan.Pembatalan kewarganegaraan diletakkan dalam akta 23,25 dan 26 dalam perlembagaan persekutuan. Akhir sekali,kita mestilah menghargai kewarganegaraan yang diberikan agar tidak menjejaskan keselamatan, keharmonian, perpaduan dan kententeraman awam.





CONTOH BORANG PERMOHONAN KEWARGANEGARAAN